BannerFans.com

Saturday, February 7, 2009

TUDUNG BIARLAH IKUT SYARIAT BUKAN ADAT


By:Ustaz Idris Haji Ahmad (Fikrah newspaper)

Translation jawi to malay language.

Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang.Apa tidaknya, memakai tudung hanya “trend” dan “fashion”.Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung pendek, bertudung tetapi mamakai sekerat singkat, bertudung tetapi berkain bela, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada.Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita.

Fenomena yang berlaku, Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memperinggatkan kepada kita sejak lebih 1400 tahun dahulu.

Nabi bersabda yang bermaksud: “Di akhirat zaman akan berlaku di kalangan ummatku wanita yang berpakaian seperti telanjang.Atas kepala mereka seperti bonggolan unta, laknatlah mereka kerana mereka adalah wanita yang di laknat.”

Hadis tersebut Nabi sudah menjagka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatnya d akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampakkan kulit, ketat hingga menampak labu punggung.pinggang, bunjulan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut di gubah mengikuti “fashion” semasa sehingga terjadi seperti bonggolan unta yakni tinggi membungguk.Mereka dilaknat Allah di dunia dan menjadi penghuni neraka di akhirat kelak.

Sebenarnya fenomena mendedahkan aurat sudah balik sebelum tahun 1980-an iaitu awal abad 15 Hijrah.

Pada ketika mula kebangkitan, orang yang mendedahkan aurat dianggap pelik.Pengalaman Beliau sewaktu berada di Universiti Kebangsaan Malaysia dahulu.Beliau berkata untuk mencari seorang daripada sepuluh orang yang tidak bertudung agak payah.Sekarang berlaku sebaliknya, beliau menggulas lagi, jika di dalam pusat membeli belah terlihat muslimat yang memakai jubah dan memakai tudung seolah-olah bagai rusa masuk kampung dengan pandangan orang awam.

Beliau berkata lagi, anggapan mereka, bertudung seperti itu tidak mengikuti “trend”.Bertudung ikut syariat Nampak tua.Beliau berkata, agar kita dan keluarga kita sama-sama bermuhasabah dan menghayati surah an-Nur ayat 31.

Menurut ahli tafsir menjadi kebiasaan wanita-wanita pada zaman jahiliah berjalan di hadapan kaum lelaki dalam keadaan terdedah dada leher mereka serta menampakkan lengan mereka.Ada kalanya mereka mendedahkan tempat-tempat fitnah pada badan mereka bertujuan membangkitkan perasaan ghairah kaum lelaki pada mereka.Apabila memakai tudung kepala, mereka melepaskan kebelakang mereka(yakni ke punggung mereka).Adapun bahagian depan dibiarkan tanpa menutup menyebebabkan terdedah leher dan dada mereka.

Apabila datangnya Islam, Allah SWT. , memerintahkan wanita-wanita beriman agar melabuhkan tudung-tudung mereka ke bahagian depan mereka hingga menutup dada dan leher mereka dan dengan itu selamatlah mereka dari sebarang fitnah dan perbuatan jahat.Beliau menggulas kembali, tudung yang di pakai wanita sekarang, tidak menepati dengan syara’ kerana ia tidak menutup dada sehingga menimbulkan keghairahan orang lelaki.Begitu juga jika memakai tudung tetapi memakai baju berlengan pendek dan baju yang ketat.Beliau berkata sebagai kesimpulan akhir, ini tidak termasuk di kalangan wanita yang beriman dengan surah an-Nur yang difirmankan Allah SWT.Kongklusinya, perkongsian bersama memang agak payah dan panas untuk memakai tudung labuh, tetapi yakin dengan Allah bukan dengan thoughut, pasang niat semula akhirnya, Insya’Allah perubahan menyusul dengan kehendak dan kemahuan kita sendiri untuk berubah dan panas dan tidak selesa hilang tanpa disedari.Perubahan memerlukan pengorbanan dan kesabaran.ok

No comments: