BannerFans.com

Saturday, February 7, 2009

"> InGAt ALLAH seLaLU



Hopefully, kalian semua sihat-sihat belaka dan tenang serta sabar dalam menggapai misi dan visi dalam memperjuangkan agama tauhid serta megaktifkan semula sel-sel yang semakin tidak terdaya dalam diri yang bergelar insan yakni manusia.Berbalik semula pada persoalan daripada penyampaian yang ingin saya sampaikan ialah apa kaitannya manusia (insan) dengan sel-sel yang semakin tidak terdaya.Sebut saja sel-sel, kita boleh kaitkan sel-sel dalam tubuh manusia itu sendiri, bila datangnya penyakit-penyakit kronik, sel-sel dalam badan manusia itu akan semakin berkurangan dan impaknya kurangnya antibodi badan untuk melawan penyakit dan badan tampak lesu.Hal ini, samalah dengan iman kita sebagai seorang hamba yang mana dibekalkan iman yang mempunyai tingkat naik dan turunnya keimanan itu dan ianya terletak pada ibadah dan ketaqwaan yang berprinsipkan keredhaan Allah atau sebaliknya tidak bermatlamatkan mardhotillah.

Saya tertarik dengan satu tajuk kecil yang dikarang oleh Drs.H.Syahrin Nasution yang menceritakan 50 hadis berkaitan dunia di akhir zaman.Tajuknya ialah, orang mukmin lebih hina daripada haiwan,

Dari Anas r.a., katanya Rasulullah s.a.w.bersabda:

“Akan tiba masanya bagi manusia, yang mana ketika itu orang mukmin lebih hina daripada kambingnya.”

(HR.Ibnu Asakir)

Naudzubillah, jika kita lihat sekarang ini, Islam tinggal nama maksudnya Islam ada tetapi ajarannya tidak diamalkan, yang mana kita lihat majoritinya beragama Islam tetapi tidak ada yang berjiwa Islam, atau tidak mengamalkan Islam, hatta pimimpin negara itu sendiri maka penyelesaianya memilih pemimpin yang bermatlamatkan mardhotillah adalah perlu diutamakan.

Sahabat sekampus serta saudara dan saudari sekalian, sebagai insan yang bergelar hamba kepada-Nya, jika kita lihat maksud firman Allah SWT:

Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. (Al-A’raf: 179)

Mahukah kita menjadi insan yang lebih hina daripada haiwan??...Bila mana kaki saya masuk saja di dalam Cyber CafĂ© (CC), maybe antum orang pun dah mengerti setiap perbuatan dan kelakuan kita niat kerana Allah, adakah “friedster” yang penuh dengan dunia semata-mata menjadi jajan dan keseronokan yang akhirnya , akan tersungkur juga di akhirat kelak, jika kita masih lagi terlekat dengan maksiat.Saya tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi inilah kesannaya jika pentadbiran tidak mengamalkan nilai-nilai Islam.Bukan tidak boleh ada friendster tetapi perlu diingat matlamat tidak menghalalkan cara, jika kita nak wujudkan “friendster” sekalipun tanya semula apa pembawaan yang ingin kita sampaikan, dengan gambar-gambar terpampang (tidak senonoh), cuba kita fikir panjang orang Yahudi mungkin lebih daripada 24 jam memikirkan perancangan meruntuhkan maruah kita khususnya ummat Islam, ingatlah pemuda dan pemudi sekalian keseriusan kita banyak kearah dunia semata-mata, berapa banyak kita memikirkan perancangan untuk kemaslahatan ummah.Fikir-fikirkan dan bermuhasabah kembali.

Minda dan anggota badan kita masih “fresh” lagi, tetapi kita sia-siakan , kalau antum orang lihat kebanyakan ummat manusia khususnya beragama Islam tidak mengamalkan agamanya.Tidak sembanhyang, tidak pernah puasa dan sebagainya.Mengerjakan Segala jenis maksiat dan berbuat jahat kepada sesama insan. Naudzubillah,mana perginya roh Islam dalam diri kita??.Jika kita lihat ummat Islam ditimpa penyakit ummat terdahulu yang bezanya dahulu jahil dalam keadaan tiadanya ilmu tetapi sekarang ini perlu kita ketahui, era globalisasi yang sarat dengan ilmu tetapi skop pembangunan kerohanian dan spiritual nilai dan akhlak Islam semakin diketepikan bak “ikut suka aku”, inilah yang dinamakan “kejahilan moden” .

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu.Para sahabat bertanya: “Apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?” Nabi s.a.w. menjawab “ Penyakit-penyakit itu ialah:

1. Terlalu sombong

2. Terlalu mewah

3. Mengumpulkan harta sebanyak mungkin

4. Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia

5. Saling memarahi

6. Dengki mendengki, sehingga jadi zalim menzalimi.

(HR.Al-Hakim)

Sahabat-sahabat sekalian,

Sel-sel yang semakin tidak terdaya ini, kebanyakan berpunca daripada sikap –sikap yang mana kita lihat dipengaruhi oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, hingga dalam urusan yang kecil dan remeh sekalipun .Seandainya orang yahudi dan Nasrani masuk ke dalam lubang biawak yang kotor dan sempit dan juga bahaya, orang-orang Islam akan terus mengikuti mereka, dari segi gaya hidup, gaya berpakaian, ini semua berbalik tahap mana keyakinan kita kepada Allah SWT.Hal ini, kita boleh teropong, peraturan berpakaian sukan dengan alasan memudahkan perjalanan dan pergerakan, bukankah jahil namanya, jika itu alasanya dan yang paling menyedihkan media sekarang mewujudkan penglihatan yang berbentuk barat di mata masyarakat dengan wanita dijadikan barang tontonan keseronokan . Naudzubillah,anak-anak kecil yang tiada pantauan apa impaknya.Inilah kehancuran moral yang boleh dikatakan “malas untuk dibasmi (bahasa kasarnya) oleh pemimpin sekarang, penapisan dan keseriusan untuk membasminya amat kurang apatah lagi di peringkat sekolah rendah lagi.Nilai-nilai agama dipermainkan dan perlu diingat insan atau manusia dianugerahkan aqal fikiran yang tahu rasional baik dan buruknya sesuatu, kita boleh ambil yang baik dari segi teknologinya dan yang sepatutnya tetapi jangan sampai tingkah laku dan gaya hidup mereka kita turuti dan “termakan” kerana perlu diingat mereka terlalu bebas mengikuti kehendak nafsu mereka.

Banyak sebenarnya yang perlu diperbaiki sekarang dan proses tajdid perlu di segerakan terutama barisan pentadbiran yang jauh beza matlamatnya, jika kita belajar sejarah di tingkatan lagi, pentadbiran dahulu di Malaysia memperjuangkan hak anak bangsa dan kaum melayu tetapi hamparan terbalik yang dibentangkan oleh pentadbiran sekarang dan perlu diingat Islam adalah universal dan syumul, jangan kerana matlamat dan kepentingan individu atau wadah parti memberi impak tidak baik kepada pembawaan kepimpimpinan itu sendiri menurut syariat Islam yang bermatlamatkan mardhotillah dan kebangkitan Islam.Sekian, sama-sama kita berusaha dan ingat matlamat utama pemimpin dan pentadbiran perlu telus dan bersih terutama dari segi korupsi dan kegunaaan aliran masuk wang rakyat.Sekian sahaja perkongsian ini, yang baik itu kita panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi yang mengilhamkan ilmu dan yang lemah dan perlu diperbaiki itu adalah daripada saya sendiri.Sekian, Wasalam.

Sama-sama kita mohon agar diperbaiki agama dan dunia:

“Ya Allah, perbaikilah agama kami yang menjadi pemelihara bagi urusan kami.Perbaikilah dunia-kami yang menjadi tempat hidup kami.Perbaikilah akhirat kami yang menjadi tempat kembali kami.Jadikanlah hidup ini sebagai tambahan kebaikan untuk kami.Jadikanlah mati sebagai yang menyenangkan atau yang melindungi dari semua kejahatan.”Ameen

(HR Muslim)

No comments: