BannerFans.com

Sunday, February 1, 2009

IsYaRat+perkonsian bersama :-)

Salam w.r.t.

Sama-sama kita panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi keatas nikmat kurniaan-Nya, kita masih lagi diberi kesempatan menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai khalifatullah.Selawat dan salam, sama-sama kita panjatkan keatas Baginda Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat Baginda dan doaku panjatkan buat mujahid dan mujahidah yang telah terkorban dan rela berkorban demi Allah dan Rasul-Nya.Semoga mereka memperoleh syafaat dan payung emas disisi Allah S.W.T.Ameen

Hopefully, sahabat sekalian sihat-sihat belaka dan terus bangkit dalam menegakkan agama Allah S.W.T. tidak kira dimana lapangan sekalipun dan rela berkorban dalam menggapai misi serta visi dalam membangkitkan semula, kesedaran ummat manusia mengenai hukum-hakam dan nilai-nilai Islam yang sepatutnya disebatikan melebihi ideolog dan “isme” barat dalam kehidupan ummat Islam itu sendiri, khususnya kepada mahasiswa, yang kian matang dengan ilmu pengetahuan di era globalisasi, yang mana kita lihat sumber dan informasi yang diperoleh optimumnya diolah dan diprodukkan oleh barat dan bangsa yahudi itu sendiri.Hal ini, dalam memberi kesedaran dan penyampaian kepada program berasaskan syariat Islam dan program berasaskan aqidah Islam, perlu adanya penggemblenggan tenaga serta pentarbiyahhan perlu disematkan dalam diri masing-masing dengan usaha sepatutnya.Ingatlah, dengan usaha yang kita lakukan itu, Insya’Allah perubahan menyusul dengan izin Allah S.W.T. melalui usaha kita dan sentiasa ingat niat dan tindak balas daripada starategi tidak sepatutnya berprinsipkan “matlamat menghalalkan semua cara” dan fungsi pentarbiyahan perlu digerakkan dengan kesatuan fikrah yakni fikrah Islam dan akhirnya wihdatul amal akan terbentuk, sekaligus kelompok jemaah untuk menyusuri kebangkitan Islam akan terpacak berdiri dengan satu kekuatan ummah, di sudut pandangan saya mahasiswa haruslah berani, bukan berani menentang kromo, tetapi back to the sunnah Rasulullah s.w.t dan syariat Islam kita seharusnya dapat membezakan program berunsurkan aqidah Islam atau sebaliknya, persatuan atau barisan perwakilan pelajar di kampus tidak sepatutnya 100% menjadi “pak turut@ mengikut sahaja jari telunjuk ” pentabiran yang mana keputusan yang tidak mengikut keutamaan dan tidak bermatlamatkan akhlak Islamiyyah dan nilai-nilai Islam perlulah diketepikan dan peringatan bersama, jangan kerana kesibukan kita berbincang semeja just discuss about pembangunan infrastruktur tanpa pengisian modal pmbangunan ruhhiyah, jasmani dan fikriyyah dan perlu diingat semula, hati-hati mahasiswa perlu dibalut dan dirawat agar sel-sel “kejahilan moden” tidak terus-menerus menusuk.Saya tertarik potongan kata yang boleh dijadikan “signal” kepada barisan kepimpinan untuk mengalas amanah iaitu, “mengejar kebendaan tak pernah ada penghujungnya.Memenuhi kehendak Allah memberikan kepuasan dan kebahagiaan total” dan sekaligus aqidah invididu muslim terutama syabab-syabab terpelihara dengan usaha-usaha pimpinan untuk melakukan anjakan berserta kan gerakan momentum yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah agar tidak tercalar rekod amanahnya disisi Allah S.W.T. di akhirat kelak.Saya tertarik dengan mutiara yang sedikit sebanyak menjadi pembangkit semangat perjuangan pemuda dan pemudi dalam usaha kita mengguraikan ikatan ideologi barat kepada kesatuan fahaman matlamat individu muslim (Keredhaan Allah) dan sekaligus skop majornya adalah merangkumi nagara Malaysia umumya dengan kesatuan kearah kefahaman Islam yang sebenar-benarnya bukan tokok tambah yang bermatlamatkan mendapat nama di mata rakyat secara keseluruhan projek dan program dengan ekuiti negara yang bermatlamatkan keuntungan semata-mata dengan bersertakan pembaziran yang tidak sepatutnya, ada sebahagian negara Islam dan pemimpin Islam masih lagi bersengkongkol dengan negara yang sering berlaku jahat terhadap ummat manusia khususnya ummat Islam itu sendiri, fikir-fikirkan bersertakan tindakan sebagai individu muslim.Buat apa kita nak sanjung-sanjung rancangan barat dan sistem barat yang akhirnya kita sendiri tersungkur, sekarang ini sama-sama kita bangkit daripada kejahilan moden yang kebarangkaliannya masih lagi tidak dikanta dan di srategikan untuk membasmi penyakit ini (aqidah dan akhlak ummat manusia) yang masih lagi rabun dan kabur melihat realiti sebenar keberadaan kita diatas muka bumi ini dan bukan ilusi menjadi mainan dan caturan dadu pemikiran di era globalisasi yang kian dicabar oleh bangsa yahudi di setiap penjuru dan tidak kira skop apa sekalipun, dengan sistem ekonominya, media massa, pendidikan, pengurusan, sains sosialnya, perubatan dan sebagainya.Hal ini, tidak sepatutnya dijadikan faktor halangan perubahan kearah kebangkitan dan kekuatan ummah itu dan ingat, jangan sesekali kita mengizinkan bangsa yahudi membunuh ummat Islam dan selama mana dunia tidak bertindak dengan lebih berani maka kekejaman Israel akan terus menerus meningkat. Sesudahnya Yahudi mengotori dan membunuh ummat Islam di Gaza dan kini, kita lihat betapa benci dan sombongnya mereka dengan menghalang rakyat di Gaza mencari rezeki dengan ancaman dan ugutan yang sungguh biadap, tetapi ummat Islam disana tidak sesekali tunduk kepada askar yahudi laknatullah, kita sebagai rakyat yang mempunyai hak berpolitik dan memilih pemimpin, haruslah berfikir panjang dan optimis berlandaskan syariat Islam dan kuasa yang diperolehi muktahir ini, dipermain-mainkan pentadbiran khususnya, jadi kesimpulannya kembalikan sistem Islam dalam pentadbiran, yakinlah kuasa tertinggi dan tidak akan teputus adalah Tuhan yang satu yakni Allah S.W.T. dan jangan sesekali kita mencabar kuasa Allah S.W.T. dan sentiasa check hati kita tidak kira pemimpin atau lavel rakyat sekalipun , we are the same as a slave and khalifahtullah.

Sebagai maha+siswa=mahasiswa u maha+siswi= mahasiswi perlu ada keinginan untuk berubah kearah pembaikan diri kearah fikrah dan fitrah Islam, jangan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang tidak ada “value” malahan menjadikan kita “host” atau mangsa keruntuhan aqidah dan akhlak seorang muslim dengan keinginan itu dan semangat cintakan dunia melebihi akhirat yang kekal abadi, berusahalah mendampingi ilmu atau majlis ilmu dan sahabat-sahabat yang boleh memberi sebanyak, tidak sebanyak pun, sedikit input kearah nilai-nilai dan sebagai perkongsian ilmu dan pengalaman yang besifat positif “value”nya.Seorang penulis yang cukup dalam maksud penulisannya yang boleh dijadikan kita lebih optimis kehadapan yakni “kebal dengan ilmu tidak mengapa tetapi jangan jadikan kejahilan satu kekebalan kerana itu menandakan kebinasaan sesebuah bangsa”, dan ikhwanul muslimin pernah berkata kami tidak akan mengiktiraf mana-mana kerajaan yang tidak berlandaskan Islam. Kami juga tidak mengiktiraf mana-mana parti politik dan apa juga tradisi yang dipaksa oleh pihak kafir dan musuh Islam untuk kami amalkan. Kami akan berkerja untuk menghidupkan kembali segala aspek sistem pemerintahan Islam. Kita juga akan membentuk sebuah kerajaan Islam berlandaskan sistem ini.

Sebagai kesimpulannya bersama, jangan kerana cinta dunia, kita khususnya turut ikut sama menghancurkan serta menyumbang kearah mengurai ikatan-ikatan saudara seagama dan hiduplah berserdahana dan ingat cinta akan dunia melebihi segalanya sungguh tepu dan tidak berguna pada diri kita,,kerana ummat Islam yang lemah menjadi santapan orang kafir kerana adanya

penyakit wahan (cinta akan dunia dan takut mati).Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi

daripada cinta dunia dan takut mati dan semoga ummat Islam bersatu dan kembali

menjadi ummat yang kuat dan disegani.Ameen

Akhir penulisan, selamat menjalani imtihan dalam kehidupan dan memperoleh najah disisi Allah SW.T.Yang kerdil dan lemah penulisan ini adalah daripada diri saya sendiri dan yang baik dan sempurna itu daripada yang Esa, Allah SWT.


No comments: