BannerFans.com

Sunday, January 25, 2009

WAHAI MUSLIMAH, KENALILAH JENIS TUDUNGMU-




by: (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot.com)

Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali
eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.

Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga
segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu sepatutnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.

Oleh itu wahai muslimah, marilah kita sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa.



Tudung 'Mickey Mouse'

*Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut

*kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.

Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa
perhiasan. Pemakaian yang lebih mempertaruhkan maruah diri ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

Tudung Lilit


*Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga

*
Tetapi tidak dilabuhkan menutup dada
*Hanya dililitkan di leher sahaja, (Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin
menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki).

Tudung 'See Through'


*Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat, kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap. Lebih bahaya, jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada
beza dengan mereka yang tidak bertudung.

Tudung Jambul


*Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.Tambahan+mcm pimpinan potitik negara merah keris (semoga Allah memberi hidayah buat mereka dan kita bersama, Ameen).


Tudung 'Singlet'

*Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum. Tiada kelonggaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

Tudung Saji


*Sekejap pakai, sekejap tidak. (mcm chipsmore, kejap ada, kejap takda), Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
*Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun d
an naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenarnya, sekaligus menggapai hikmah di sebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :


"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."



(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)


Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian dan gaya terkini.naudzubillah..



"Inilah kejayaan musuh Islam, apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat. Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com







Semoga kaum hawa khususnya dan setiap hamba di muka bumi Allah ini, tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka..."



Sebagai tambahan, saya berharap kepimpinan baru, khususnya di kampus KUIS agar mengaktifkan semula nilai-nilai Islam dan syariat Islam yang telah diterapkan didalam buku peraturan yang telah sedia ada, sebagai pengaktifan semula daripada lenyap dan kesannya, kita boleh lihat sekarang ini , teringat kembali saya semasa di semesta satu, kalau tak silap, ada senior bolehlah, dikatakan berfungsi dengan teguran mereka dan dengan senior musliminnya yang berani menugur muslimat yang tidak menutup aurat, sekarang ni kurangnya kelompok untuk mengerakkan operasi ni, jadi sebagai kesimpulan yang boleh di lakukan adalah "jom laksanakan bersama operasi dan menggalas amanah bersama, amanah al-amr bi al-ma’ruf wa al-nahy ‘an al-munkar."Susunlah taqwim sebaik mungkin, untuk program aqidah dan terapkan dan bangkitkan nilai-nilai Islam dan PASti kan matlamat tidak menghalalkan cara, jangan kerana nila setitik , rosak susu sebelangga.Also for my reminder .Wasalam...


No comments: