BannerFans.com

Thursday, February 19, 2009

Kau dan Aku punya tanggungjawab as a khalifatullah.."it's never late too mend n it is never late to learn"



Ingatlah, ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, Sesungguhnya Aku akan menciptakan di muka bumi seorang khalifah. Para malaikat serentak berkata, Apakah Engkau hendak menciptakan di muka bumi (makhluk) yang akan melakukan kerusakan dan akan menumpahkan darah di dalamnya, padahal kami senantiasa bertasbih dengan menyanjung-Mu dan mensucikan-Mu? Seraya Allah menjawab, Sungguh Aku lebih mengetahui apa-apa yang tidak kalian ketahui. (QS. Al-Baqarah ayat 30).

Wahai kaum muslimin, Hidupkanlah nurani kalian dengan keimanan kepada Allah dan perasaan selalu diawasi oleh-Nya (Muraqabatullah), dan peliharalah masyarakat kalian dengan melakukan amar ma’ruf dan nahi mungkar.Ini adalah dua perkara pilar (penyokong/penegak) kebaikan dan perbaikan.Dan Allah adalah Dzat yang memberikan taufiq. -Mushthafa Masyur

Ketegasan tidak bermakna ianya berdasarkan tindakan reflek emosi semata-mata, saya tertarik dengan isu “derhaka” yang terpampang di ruang akhbar lepas, mana pergi ruh Islam di dada kita.Memang benar, sebagai rakyat kita perlu berpegang kepada 5 prinsip rukun Negara, derhaka dengan Allah perlu diingatkan juga (peringatan sampingan bersama).Amalan demokrasi yang dijalankan perlulah dilihat kembali, dan jangan sampai imej Islam tercalar oleh pemerintah sendiri dan perlu diingat penghuni dunia sekarang majoritinya sakit (pembangunan akhlak dan aqidah) dan menjadi keutamaan tanggungjawab pemerintah yang diberi mandat serta amanah untuk memperbetulkan keadaan dan konsep memperbetulkan keadaan ini bukan dengan konsep “sesuka hati”, pendapat ulama’ diketepikan labuda pembaikan semula adalah berbalik semula kepada pengisian al-quran dan as-sunnah itu sendiri dan hukum Allah yang menjadi undang-undang tertinggi di lapangan bumi yang merangkumi aspek global.Hal ini menjadi satu ketegasan saya untuk menyuarakan pendapat sebagai mahasiswa yang mana perlu kehadapan dan mendepani isu, tidak kiralah isu itu meliputi soal ekonomi, pendidikan, pembangunan, pembankan, malahan politik yang menjadi satu kematangan untuk kita berfikir.Bila waktu telah berhenti, tidak ada apa yang dapat difikirkan dan hanya bekalan yang diamanahkan kita sahaja mengiringi kita diakhirat kelak.Sedarilah kalian jika pihak atasan banyak yang lompang apatah lagi kita ini. Naudzubillah, saya sedih, manalah tidak..bila mana ruh Islam tiada dalam diri kita dan semakin dibawa arus, kita semakin berjinak-jinak dan berani melakukan kemungkaran khususnya ummat Islam yang realitinya beragama Islam dan kian mencabar kuasa Allah terutama hukum Allah SWT dipermain-mainkan.Belum kita semua kaji lagi, agenda-agenda Barat yang keinginan dan “aim” mereka hendak menjatuhkan kita dan sedia kita maklum, menteri-menteri yahudi dan kroni-kroninya terutama si Benjamin Netanyahu dengan momentum pergerakan mereka yang tidak perputus asa untuk merembat ummat Islam khususnya dengan serangan pemikiran saraf yang cukup kuat casnya jika kita leka.

Firman Allah lagi:

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan Rasul-Nya dan bertaqwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.(An-Nuur: 52)

“Sesungguhnya orang yang beriman biasa berkompetisi dan orang munafiq biasa mendengki.”

(H.R.IBN ABI AL-DUNYA)


Sekarang ini, cuba kita bermuhasabah semula apa yang dikatakan jahil dan kufur, ia adalah mengingkari pengabdian diri kepada Allah SWT yang mana meliputi tugas-tugas ibadat dan perlaksanaan hukum di bumi ini. Jika kita tahu sekarang ini ialah proses kebangkitan Islam (a),maka pelengkap kepada kebangkitan Islam itu ialah kita-kita semua(b).Kesimpulannya a+b=kesatuan ummah dan daulah Islamiyyah, Insya’Allah. “No, akux2...and no, kaux2”. “United we stand devided we fall” / “bersatu kita teguh. bercerai kita roboh”, samalah macam jambatan yang kukuh.

Saya tertarik dengan kata seorang guru ini, katanya “manusia tidak boleh beri hidayah kepada manusia, hanya yang layak adalah Allah SWT”.Saudara sekalian, bila mana manusia bengkrap dengan material, semangat untuk mengejar semula material dan harta bak obor-obor yang jitu membara apinya.Saudara sekalian pernah tak terfikir kalau api bak obor-obor ini diacukan kepada kita, apa agaknya reaksi kita???.nak sorok dekat mana?..Fikirlah sejenak termasuk saya yang menulis ini.

Saya selitkan doa yang dipetik daripada risalah doa.Sama-sama kita panjatkan kesyukuran keatas limpah rahmat-Nya dan sama-sama kita mohon agar diampunkan segala dosa-dosa kecil mahupun dosa besar yang selama ini kita tertewas dengan hasutan dan bisikan syaitan.Sebagai manusia yang dipertanggungjawabkan amanah sebagai khalifahtullah di muka bumi ini, ingatlah Allah SWT yang berhak mencintai dan dicintai, apa-apa yang kita lakukan kembalikannya kepada yang haq iaitu Allah.Hari-hari dalam perjalanan kita akan sentiasa dihitung tidak kira aspek perjalanan yang ingin ditujui dan niat serta matlamat akan menjadi titik permulaan tindakan kita, ikrar kita yakni “Tiada Tuhan Melainkan Allah” (La Ilaahaillallah).Maha Suci Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai nabi dan rasul-Nya.Kalian semua termasuk saya sendiri sentiasa bermuhasabah dalam erti kata lain berusaha kearah pembangunan semula ummah yang gemilang seperti kepimpinan zaman Khulafa ar-Rasydin yang terdiri daripada empat sahabat:

Di era modenisasi ini, memang cukup berbeza dengan zaman gemilang khulafa ar-Rasydin tetapi bukan perbezaan zaman menjadi faktor atau sebab utama , apa yang ingin saya tekankan diperingkat atasan lagi perlulah menjadikan pemangkin kearah menaikkan semula kesedaran kearah kematangan pemikiran yang bersifat Islam bukan fahaman jahat (ideology orientalis barat) barangkali menjadikan kita semua manja tanpa ada keinginan untuk berubah kepada fitrah Islam, bukankah “sikit-sikit lama-lama jadi bukit”, bila sikit unsur ideologi barat meresap dalam diri bergelar manusia yang dilengkapi nafsu keinginan sebatian ini menjadi seakan-akan pelekat yang sukar untuk terbuka dengan sendirinya, jika tidak diingatkan, tetapi ianya boleh dibuka dengan kehendak dan keinginan diri sendiri dan dibantu oleh factor atau orang sekeliling untuk memperbetulkan keadaan dan proses pemulihan (tajdid dan pengislahan) seperti fitrah manusia Islam itu sendiri, proses kesedaran dalam diri individu dan faktor sekeliling menjadikan tindak balas berbalik yang bersifat positif akan menjadikan kita lebih matang kehadapan dan dengan kesedaran itu, terbentuklah tarbiyah yang mendidik kita agar sentiasa bersedia dan telus serta adil dalam mendalami atau berhadapan dengan cabaran semasa atau berbentuk jangka panjang dan ujian hidup, bukan setakat cabaran individu itu sendiri malahan cabaran yang lebih besar daripada itu, iaitu bagaimana kita mencari dan menyusun strategi dan tindakan seterusnya untuk mengubah system ideology buatan manusia kepada undang-undang Islam secara universal atas keyakinan dan berimannya kita kepada Allah yang Maha Esa.Berani berubah untuk Islam kerana Allah, dan ingat jangan kita, terutama pemerintah Negara yang didiami masyarakat yang berbilang kaum, berani menerima system barat kerana keuntungan Negara (aspek global) atas alasan yang tidak enak matlamatnya, dan tujuan asal pemerintah yang sepatatutnya pendekatan yang digunakan adalah berbentuk pengisian pembangunan ummah dalaman dan luaran.kembalilah kearah generasi al-Quran yang gigih kearah itu (maradhatillah) seperti zaman gemilang dahulu.Sekarang ini, jika kita perhati kemusnahan alam, kezaliman Yahudi, krisis ekonomi, penindasan yang tidak berkesudahan, lompat sana-sini macam lompat katak dan gelombang ini adalah kerana penindasan dan kezaliman diri terhadap diri sendiri yakni jahil dan terus jahil ,keimanan kepada Allah yang Haq dan penguasa dan pemerintah tertinggi dipandang enteng terutama suruhan Allah SWT yang semakin menipis, ingat sama sekali iaitu “matlamat tidak menghalalkan cara”, macam cerita “RobinHood” niatnya nak bantu orang tapi dengan cara mencuri, betul ke “goal” dia? mungkin kita boleh persoalkan, dia bukan Islam dan keimanannya kepada Allah tidak ada 100%, tetapi apa kaitannya sekarang ini, manusia hatta pemimpin itu sendiri sanggup buat apa saja walaupun empunya diri itu beragama Islam, persoalan yang sudah lali “adakah Islam diatas kad pengenalan”, langsung tidak dipandang, pandang bukan atas kesedaran tapi sebaliknya.


Kongklusinya, kita bukan pemula dan pengakhir, kita adalah mata rantai perjuangan Baginda Rasulullah s.a.w.Saya petik daripada lirik nasyid “MasIH Ada WAktu-Rast” yang boleh menjadi sedikit anjakan perubahan usaha dakwah yang mesti diteruskan seiringan kerja-kerja yang lain termasuk mahasiswa dikerusi institusi pengajian tinggi khususnya yang sedang menuntut dan mendalami ilmu, mungkin kita tidak boleh terima malahan untuk menelannya amat pahit pelajaran yang diserap fahaman secular dan “isme”barat tetapi, Insya’Allah.Berfikir secara optimis dan positif “how to overcome back to the Islamic rules.That’s our responsibility to change it because we as a slave Of Allah SWT have our right to do something for Islam”.



Sahabat.. Masih ada waktu

Untuk kau dan aku menghitung

Dosa-dosa lalu

Lantas membasuhnya

Kembali menyinar

Menghiasi taman-taman kasih

Masih ada waktu bagi kita

Mengikis coreng-coreng mazmumah

Dan mengutip kuntuman mahmudah

Menghiasi kamar hidup ini-rAST

Selamat BerDAKWAH =) mohon maaf atas kekhilafan saya dalam penulisan ini.

Do’a mohon diberi rahmat dan keampunan serta terpelihara dari dosa dan doa rabitah:

Maksud:

“Tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah yang maha Pengasih dan maha Pemurah.Maha suci dari sifat-sifat kekurangan, pemelihara’arasy yang besar, dan segala puji hanya bagi Allah, pemilik sekalian alam.Kami mohon rahmat-Mu dan keampunan-Mu yang sungguh-sungguh.Semoga Kami terpelihara dari dosa dan bersyukur mendapat rahmat kebajikan.Semoga Engkau ampuni segala dosa kami, Engkau lenyapkan kedukaan kami, Engkau tunaikan hajat kami, Ya Allah Tuhan pemberi rahmat.Ya Allah sesungguhnya Engkau mengetahui hati-hati ini bertemu dengan kecintaannya kepada-Mu, bertemu dengan ketaatan kepada-Mu, bersatu dengan seruan-Mu dan berjanji untuk menolong syari’at-Mu, maka teguhkanlah hai Tuhan ikatannya, kekalkan kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah dia dengan cahaya-Mu yang tidak kunjung malap, lapangkanlah dadanya dengan cahaya iman kepada-Mu.Hidupkanlah dia dengan makrifat-Mu dan matikanlah dia dalam syahid pada jalan-Mu.Sesungguhnya Engkau sebaik-baik penolong.Hai Tuhan perkenankanlah permintaan kami.Selawat dan salam hai Tuhan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.”Amin



No comments: