BannerFans.com

Wednesday, February 25, 2009

Mutiara Global





Subhanallah..

mata yang tidak akan disambar api neraka.."dua mata yang berjaga kerana jihad pada jalan-Nya dan menangis mengenangkan dosa-dosa yang telah dilakukan..."

=)

MAHASISWA

Bergelar mahasiswa bererti manusia yang boleh tidur di tilam empuk,
berjalan atas tikar merah,

mampu berbicara/ berbahas dengan bapak menteri
sebagai seorang intelektualis muda bukan pencacai muda.

Bergelar mahasiswa juga bererti kita mampu makan di tikar mengkuang,
Duduk perdamping dengan pesawah atau petani,
Membantu menyelesaikan masalah mereka,
Sebagai Aktivis, bukan Pendibisuris!
Yang bijak tetapi bisu dalam menyatakan kebenaran

Di belakang kita api,
Di depan kita duri,
Namun, kita sudah tidak bisa berundur lagi,
Perkukuhkan tekad, perteguhkan azam
Perjuangan mengangkat yang hak
Menidakkan yang batil.

SEKEPING HATI ITU

Sekeping hati itu
Dua arah untuk dituju
Ke kanan atau ke kiri…

Kalau ke kanan
Paksinya Tuhan orbitnya Al-Quran
Alangkah indahnya sekeping hati itu
Pasti sentiasa dalam ketenangan
Pasti setiap detik dalam kedamaian
yang berpanjangan

Kalau pernah tersalah tingkah
terkhilaf cara
Istighfarlah pengubat, penawar ,
pelega jiwa

Kalau kejayaan yang diterima
Pada setiap denyut nadi
Hati itu dalam sedar mensyukuri
Nikmat pemberian dari Rabbi

Kalau resah pula menyelubungi
Pada Allah tempat kembali
Yakin dan harap padaNya
Semakin kuat berakar umbi
Di kamar sepi sekeping hati itu…

Dan sekeping hati itu
Kalau arahnya ke kiri
Nafsulah pemerintah bertakhta
Syaitan pula pembesar setia

Kalau tersilap cara
Ia semakin gembira
Rasa bersalah tak kunjung tiba
Itulah ‘penenang jiwa’
Tapi hakikatnya dia derita
Kerana menyanggah fitrah Pencipta

Kalau kejayaan ditempa
Sombong dan riak, angkuh beraja
Lupa hakikat
Kejayaan itu sekadar pinjaman
Daripada Ar-Rahman

Namun, pelik pula jika hati itu gelisah
Ia pasti kembali rebah
Di hadapan Pencipta masalah
Akui dirinya yang lemah
Kesali segala keterlanjuran
Menagih belas kasihan
Malu yang tiada sempadan
Menyelinap segenap ruang…

Duhai sekeping hati
Dikau umpama seekor binatang buas
Ingin selalu bebas
Tapi sedarlah dikau
Kebebasan hanyalah pemusnah
Tanpa kawalan Al-Khaliq
Kau takkan bisa bahagia

Pilihlah untuk ke kanan
Pasti lancar langkahmu
Meniti usia dunia yang singkat
Selamatlah dikau hingga penamat…

Kerana kalau engkau berkeras
untuk ke kiri
Akhirnya engkau akan sengsara
Jika jalan pulang tidak kau jumpa
Atau mungkin tatkala sedarmu
bertamu
Alangkah sedihnya nanti
Andai langkah pulangmu sudah
terlambat…

Duhai sekeping hatiku…




Ulama pernah berkata “Mati dalam keadaan kufurlah seseorang yang redha dengan isme-isme barat tanpa ada sedikitpun niat untuk merubahnya.Sekurang-kurangnya bagi menjaga akidah kita sebagai seorang muslim, tekadkan dalam hati supaya kita terus membenci segala bentuk kekufuran yang di bawa oleh Barat.

::::Ya Allah ::::

Ya ALLAH bantulah kami dalam perjuangan ini .. Walaupun kami tidak sehebat Nusaybah mengangkat senjata.. Tidak sehebat Umar menghunus pedang pembelaan.. Tapi Ya ALLAH hanya yang ku pinta.. Semoga Pena Kami ini naik bersama ISLAM..

No comments: