Mengapa kita perlu cemerlang??, ini kerana seluruh kehidupan kita adalah kerana Allah S.W.T. antara kehidupan kita ialah pelajaran, ilmu dan kecemerlangan. Dan kerana diri kita sendiri supaya dapat mencapai matlamat dan cita-cita kita yang tinggi.
Kita juga ingin mengembangkan keagungan Islam supaya agama Islam dipandang tinggi.
Allah S.W.T. berfirman dalam suruh Al-An’am ayat 162 yang bermaksud:
“katalah sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”
Bagaimana kita mengulangkaji dengan berkesan?
• Mengerjakan sembahyang hajat untuk meminta pertolongan –Nya.
• Membaca al-Quran untuk menjauhkan diri daripada syaitan.
• Mulakan dengan doa.
• Buatlah perancangan terlebih dahulu seperti membuat jadual yang lengkap.
• Mulakan dengan subjek yang mudah, kemudian berpindah kepada subjek yang sukar.
• Peruntukan waktu untuk rehat.
• Pilihlah tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan.
• Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalan atau kesibukan.
• Ambil berat tentang postur badan ketika mengulangkaji dan menyelangi antara
2 subjek untuk berehat.
• Segeralah pergi menunaikan solat sebaik sahaja mendengar azan, kerana Allah SWT tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada solat.
Tip menghadapi hari peperiksaan:
• Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi.
• Bangun awal pada hari peperiksaan.
• Amalkan solat sunat hajat sebelum masuk waktu solat subuh pada hari
peperiksaan ataupun pada malamnya dan banyakkan berdoa.
• Bersarapan dengan menu berkhasiat.
Saturday, January 24, 2009
Hakikat Kecemerlangan Dalam Islam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment