Definisi:
Kamus Dewan mendifinisikan masyarakat sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat dengan peraturan-peraturan dan cara-cara tertentu dan pergaulan hidup.
Perkataan ‘unggul’ pula didefinisikan sebagai melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak,cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa dan terutama.
Secara literalnya, masyarakat yang unggul boleh didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia terbaik yang hidup bersama di tempat tertentu dengan peraturan-peraturan dan sistem-sistem kemasyarakatan yang teristimewa berbanding masyarakat-masyarakat lain di sekitarnya atau kesuluruhannya.
Menurut Syed Qutb dalam mentafsirkan ayat:
“Kamulah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, supaya kamu menyuruh kapada perkara yang makruf dan mencegah perkara yang mungkar, serta kamu beriman kepada Allah..”
(Surah Al-Imran: 110)
..Pengungkapan dengan kata-kata dikeluarkan (dilahirkan) iaitu denagn kata-kata bina’ majhul adalah satu pengungkapan yang menarik perhatian.Ia membayangkan tanaga Pentadbir yan lemah lembut yang melahirkan uamt ini dengan penuh kehebatan dan menolakkannya keluar kealam kenyataan dari kegelapan alam ghaib dan dari sebalik tabir sar,adf azali yang tidak diketahui di mana batasnya melainkan Allah.Itulah satu kata-kata yang menggambarkan harakat yang tersembunyi yang bertindak, harakat alam wujud, iaitu satu umat yang mempunyai peranan istimewa, kedudukan istimewa dan perhitungan yang istimewa..
Jadi,menurut Syed Qutb, masyarakat yang unggul ialah masyarakat yang menyedari asal-usulnya, tujuan kehidupannya di muka bumi ini dan pengakhirannya.dan yang paling penting, masyarakat ini hanya akan dapat membentuk keunggulannya melalui penerimaan yang jitu, penuh,dan yakin kepada manhaj rabbani, iaitu methodologi Tuhan yang menciptakannya.
oo00...Khulasah persoalan tamadun daripada_buku Said Ramadhan al-Buthi
Saturday, January 24, 2009
Tamadun yang unggul:Ciri-ciri dan dan Asas Pembentukannya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment