Percubaan Untuk Diberi Rasuah
Seorang menteri di zaman pemerintahan Presiden Anuar Sadat pernah berjumpa dengan As-Syeikh dan berkata: “macamana keadaan ekonomi Ikhwan sekarang? As Syeikh menjawab: “Al-Hamdullilah mencukupi”.Menteri itu berkata lagi: “Sebenarnya kerajaan Mesir telah menyediakan peruntukkan yang banyak untuk membantu Semua pertubuhan bagi menerbitkan majalah-majalah mereka…dan aku merasakan Al-ikhwan lebih berhak mendapatkan bantuan ini memandangkan ia merupakan pertubuhan Agama yang besar bagi penerbitan majalah dakwahnya…” Jawab As-Syeikh ringkas: “Kamu silap…Nabi S.A.W. tidak pernah menggunakan jalan semudah ini…”
Cita-Cita Lebih Kita Besar Dari Dunia Ini
Hajjah Zainab Al-Ghazali bercerita: “satu hari aku berjumpa dengan As-Syeikh untuk memberitahu bahawa aku telah membeli sebuah rumah…dan aku berharap beliau seronok dengan perkhabaran tersebut…”As-Syeikh berkata kepada ku: “kita sekarang tidak sepatutnya membeli rumah dan tak sepatutnya kita menyibukkan diri kita dengan perkara-perkara seperti itu…kerana cita-cita kita yang paling besar ialah di akhirat nanti…”
Bergaduh Sesama Sendiri
Syeikh Umar Telmesani bercerita: “Jikalau ada anggota Al-IKhwan yang bergaduh sesama sendiri, As-Syeikh akan berkata: “macam mana kamu nak menyatukan hati-hati masyarakat sedangkan hati sesama kamu sendiri berpecah…”
Saturday, January 24, 2009
KISAH MURSYIDUL AM AL-IKHWAN AL-MUSLIMIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment