BannerFans.com

Thursday, March 26, 2009

Islam: Tamadun Masa Depan.

Segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam semoga dicurahkan kepada Rasulullah s.a.w., keluarga dan para sahabat Baginda Rasulullah s.a.w.
Sedikit kupasan dan perkongsian pendapat sebagai perkongsian bersama.
Fakta dan bukan auta">

Fakta dan bukan auta yakni hanya undang-undang Tuhan seperti mana yang terkandung dalam syariat sahaja yang benar dan adil.

Altogether what we must to do now is open our eyes:

· pemerintah dan diperintah
· kaya dan miskin
· tua dan muda
· bangsawan dan rakyat umum
= the same level as a slave of Allah SWT.


Pemerintah itu berhak mengekalkan kuasanya untuk memerintah selagi mereka menjunjung dan mengamalkan undang-undang Tuhan yakni syariat Allah.

Undang-undang Sekular VS Undang-undang Islam

Tiada undang-undang yang boleh dimenangi melainkan undang-undang Allah SWT.Satu kupasan buku yang dikarang oleh Mariam Jameela terungkai satu visual “sudah terang lagi bersuluh” yang mana terungkai bahawasanya undang-undang sekular tidak dapat memenangi kepatuhan manusia kerana apa?...satu gambaran jawapan kepada persoalan ini, iaitu Bagaimanakah manusia boleh diharapkan untuk menghormati sesuatu undang-undang yang boleh ditolak dengan kuasa atau kemampuan undi serta veto orang ramai sebagai suatu kebenaran yang mutlak untuk masa akan datang(kemudian)?.

Di era Modenisasi ini, segala bentuk kekuasaan telah ditentang manusia.Kita boleh lihat secara visualnya, kanak-kanak (anak-anak) memberontak terhadap orang tuanya, para pelajar terhadap gurunya, para pekerja terhadap majikannya dan rakyat terhadap pemerintah.Penulis menerangkan akan konklusinya, perADAPan tidak mungkin dapat berterusan wujudnya dibawah keadaan tidak teratur(aman atau selamat) sedimikian rupa...persoalan saya,mana pi kempen “budi bahasa budaya kita”??, semua program ini tidak menjadi jika punca dan program yang membawa mudharat tidak dibasmi dengan jitunya, jika tidak... habis dihanyut dek “isme” barat, manakah tidak dengan mudah mereka(Yahudi serta pengikutnya) mendapat keuntungan dengan mudah bak sirih berlipat datang sendiri, jika program-program yang “membazir” serta industri-industri yang membawa arus kearah maksiat tidak dilunaskan dan dirobohkan, maka dengan sewenag-wenangnya mereka yang tidak mengenal dan paling jahil lagi 'dah tahu tapi buat-buat tak tahu' baik dan buruk 'feedback and impact' jadi dengan mudah mereka menjual maruah diri dan yang paling membobrakkan lagi imej Islam dengan mudah dipermain-mainkan.


Pokoknya atau “main point” yang perlu ditekankan ialah dengan menggariskan, kekuasaan undang-undang syariah bermula dari Allah s.w.t..Maka itulah yang patut ianya dipatuhi, dihargai, dicintai dan ditakuti.Hal ini kerana sebab mana bergantungnya kesejahteraan setiap individu dan masyarakat , cuba antunna renungkan , inikan berhala yang disembah oleh Abu Darda sebelum keislamannya, tidak memberi respon apabila dikapak , hal ini menunjukkan kebesaran Allah bagi orang yang beriman untuk berfikir akan keagongan dan kebesaran Allah.
Islam itu agama yang selamat dan suci bahkan akan menyelamatkan bahtera bagi orang yang beriman kepada-Nya diakhirat kelak “if” kita memahami dan berfikir akan kebesarannya dan akhirnya barulah Abu Darda tahu berhala itu zero(nothing power). Disamping itu, perlulah digariskan yang mana keutamaan kearah seruan Islam kepada manusia moden adalah seruan ke arah kestabilan dan ketenteraman jiwa, bukan ketenteraman jiwa dialuni hiburan yang tak sepatutnya disebut 'hiburan' di ruang akhbar atau dibibir kita, kerana hiburan yang dimaksudkan sebenar-benarnya ialah hiburan yang dispesifikasikan syariat Islam, itulah halwa ketenteraman jiwa yang sepatutnya disebut hiburan bukan hiburan melampau disebut-sebut dan disahut-sahut 'hiburan' .Persoalannya betul atau tidak, ketenteraman jiwa melahirkan dan menvisualkan tingkah laku dan “character” seseorang?..genggam tangan kanan buka jari telunjuk acu di tepi dahi kepala dan tanya diri sambil berfikir diluar kotak pemikiran berasaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Sebuah masyarakat yang berasaskan kepada pengajaran Rasulullah s.a.w. bahawa Allah s.w.t tidak menaruh kasihan terhadap mereka yang tidak menaruh kasihan terhadap mereka yang tidak bersikap menghormati orang-orang tua serta bersikap sayang kepada anak-anak tidak tidak akan menghadapi sebarang masalah mengenai jurang generasi.Selain itu, kepatuhan terhadap ajaran-ajaran Rasulullah s.a.w. bahawa semua benda yang memabukkan itu adalah terlarang menghapuskan ketagihan kepada arak dan dadah.So, tenaga manusia tidaklah perlu dibazirkan untuk menentukan undi demokrasi samada boleh @tidak minuman keras dan dadah-dadah yang memabukkan itu dihalalkan di sisi undang-undang, samada boleh atau tidak menghalalkan pengguguran bagi sebarang wanita yang enggan mengandung, samada boleh atau tidak untuk menghalalkan pelacuran dan hubungan sejenis sebelum berkahwin yang suka sama suka (berapa banyak bolehlah*_# bilalah nak katakan tidak boleh ni...) , samada boleh atau tidak untuk meluluskan undang-undang bagi menghalang amalan diskriminasi kaum (membezakan dalam sesuatu hal) atau samada boleh atau tidak agama harus dipisahkan dari akhlak di sekolah-sekolah awam.(wait the minute..emm, ingat lagi time sekolah dulu, memang tak boleh karang karangan tentang agama atau ketuhanan).Jawapannya lihat perenggan seterusnya terungkai siratan disebalik perenggan ini. pemirintah mesti menegakkan yang haq dan meruntuhkan yang batil.
Dalil al-Quran yang berkaitan dengan kewajiban menegakkan Negara Khilafah, antara lain, firman Allah Swt. yang berbunyi:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kalian untuk menyampaikan berbagai amanat kepada orang yang berhak menerimanya dan memerintahkan kalian agar—jika kalian menetapkan hukum di antara manusia—membuat ketetapan hukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kalian. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat. (QS an-Nisa’ [4]: 58).
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga kepada Ulil Amri (Orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikan kepada kitab Allah (al-Qur’an) dan (sunnah) RasulNYa jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya”.

Ada dua perkara yang sangat penting dari ayat di atas iaitu tuntutan membangunkan sebuah kerajaan yang adil dan amanah. Ibn Kathir, seorang ulama tafsir yang muktabar menyatakan ayat ini diturunkan kepada para pemimpin yang berkuasa (pada mana-mana pringkat sekalipun) agar mereka menunaikan kewajiban dengan adil dan amanah.

Hadis nabi pula menyokong ayat di atas dengan maksud; “Sesungguhnya Allah akan bersama pemimpin selagi mereka tidak zalim. Apabila dia zalim, Allah akan menyerahkan segala urusan kepadadirinya sendiri”. Kata-kata ulama pula menyebut: “Sehari pemerintahan yang adil menyamai ibadat 40 tahun”.

Penulis buku ini merungkaikan Islam dengan sendirinya akan membawa ke arah pimpinan yang bermakna dalam kehidupan.Sebuah kebudayaan Islam “will be spit out” semua keburukan, kelucahan dan kebiadapan di sekeliling kita baik dalam apa bidang sekalipun.Mereka yang ingin menyeru manusia moden kepada Islam haruslah memahamkan dengan mengemukakan cara tata tertib kehidupan Islam yang suci dan murni sebagai suatu kebenaran sejarah dalam kehidupan kaum Muslimin hinggalah mutakhir ini.The best conclution, marilah sama-sama kita menyedarkan manusia moden tentang kekotangan ruhani yang dialami mereka itu dengan harapan mereka mengimpikan suatu bentuk kehidupan yang jauh lebih suci dan mulia(nilai-nilai agama Islam) yang tidak terbatas di dunia yang fana ini sahaja, disamping itu ketuk diri dengan erti kata lain muhasabah diri kita, disamping kita menyampaikan apa yang sepatutnya yang disampaikan so jangan lari daripada kebaikan yang kita sampaikan bak belekan simpulan bahasa ini “si buta membilang bintang di langit” maksudnya tidak ada faedahnya melihat sesuatu yang kita sendiri tidak tahu atau tidak mahu mengambil sebarang pengajaran daripadanya.Resolusi itu penting tapi perkara yang mendatangkan mudharat perlu ditegah dari awal supaya tidak melarat 'daftar dosa' di akhirat kelak, kalau nak listkan banyak sangat kelemahan kita, but di samping tempoh dan masa kebangkitan Islam inilah, perlulah lebih tegas dan berani dengan usaha membasmi perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan apapun dasarnya jangan dilupakan atau diketepikan kerana faktor keadaan dan zaman dan lupakanlah kepentingan material semata-mata yang hanya sementara sahaja like “pejam celik, pejam celik” habis juga kalau material menjadi alat untuk menunaikan perintah Allah kira baik lagi, inikan songsang dengan gagasan-gagasan tersendiri (rujuk buku siri serangan pemikiran Islam Liberal dan Pluralisme Agama), tapi ingat dalam habis itu(material), dosa sentiasa dalam graf anjal kalau berterusan lalai dan leka akan duniawi sahaja.Siapa kata sejarah tidak boleh berulang lagi, ini semua kata-kata jahil ahli-ahli sejarah moden, mereka mengatakan bahawa peradapan yang telah mati atau sedang tenat itu tidak dapat dihidupkan semula sebagaimana seorang manusia yang mati dan tidak dapat dihidupkan semula.Islam akan bangkit juga akhirnya.





Di sampingan pengisian ini, saya selitkan puisi yang dikarang oleh Livis Empanang anak Taka yang ditampilkan sekali di dalam cerpen yang betajuk Alangkah Indahnya Salju:


Cerita Semusim

Tiba-tiba kampungku jadi kecoh
pembubaran parliman jadi perhatian
lalu semua pun jadi pandai berbicara
tentang politik dan pilihan raya.

Saban hari wajah-wajah politikus menjelma
membawa seribu janji di hujung lidahnya.

Kami:atuk-atuk, nenek-nenek, bapa-bapa, emak-emak
semua yang sudah dan belum mendaftar sebagai pengundi
berbalah dan berdebat;siapa yang betul dan yang salah.

Kami yang selama ini bersatu dan saling membantu
tiba-tiba terpisah dan berpecah
bermasam muka, tidak bertegur sapa
memfitnah dan bertelagah.

Selepas pilihan raya usai
kampungku dilanda angin sepi
semangat politik pun mati
tunas ramah mesra mulia tumbuh kembali
semangat perpaduan perlahan tegak berdiri
cuma kami masih menunggu janji pemenang
bilakah akan menjadi realiti?...bukan realiti TV, like akademi fantasia yang sepatutnya dihapuskan diraikan pula..(tambahan saya).





Peri atau hal hidup Rasulullah serta sembahyang dan doanya jelas menunjukkan betapa besarnya perhatiannya terhadap hidup disebalik mati, tegasnya Hari Akhirat, melebihi dari segala apa kepentingan dunia sekalipun.Hinggakan sebelum tidur.Rasulullah s.a.w. tidak pernah lupa untuk berdoa:

“Ya Allah!Lindungilah aku dari huruhara Hari Kebangkitan!
“Ya Allah!Dengan namaMu aku hidup dan dengan namaMu aku mati.”






Rujukan:
ISLAM MENCABAR oleh Mariam Jameelah
BISMI PUBLISHERS.TERBITAN AL-MASYUR SDN.BHD.

Wasalam.

No comments: