BannerFans.com

Sunday, March 29, 2009

artikel pilihan...


--> --> -->


KIsah Seorang Pembuat TEh...
Disatu pagi yg dingin,tekak ku berasa haus... bersama 4 orang kawan2 ku, kami pergi ke bilik masakan untuk membuat teh... sudah hampir 4 bulan rasanye aku tidak minum air teh ,gertak hati kecilku... aku pun berkata.. "hei Wan(bukan nama samaran sebenar), dah lama tak minum teh susu nie"... sejak kita datang sampai sekarang tak pernah kita buat teh"... ujar ku... lantas kawan ku berkata "yer x yer jugak".."biar aku yang buat,aku ada bawa teh dari Malaysia"...

Time tu aku berasa sangat gembira, hajat dihati terlaksana.. 10 minit selepas tu... air yang diimpi terhidang didepan mata... sekali lihat air itu tak ubah macam air teh... 2 kali lihat air yang dibuat tak tumpah macam air susu biasa tanpa diletak teh. 'kesabaran x dapat ditahan,air yg dicita sudah ada didepan mata... kami mengapai cawan yang diisi air teh itu dengan kasarnya... mulut dibuka dengan luas,tangan menolak cawan ke mulut... dalam beberapa detik, air teh tersebut jatuh mencecah ke lantai mulut kami...
Alangkah terperanjatnya kami,akan rasa air teh itu... kami memandang sesama sendiri... rasanya tak begitu enak di minum... tapi kami tahu yang wan berusaha keras ketika membuat teh itu... nak dibuang membazir.. dah la membazir itu amalan syaitan... kalu dibuang jugak mungkin akan menguris hati kawan kami yang bersusah payah membuat teh untuk kami... wan tahu kami memang hendak sangat minum teh ketika itu... dengan kesungguhan yang diberikan, kami bertiga meminum air teh itu sampai habis... soal kelazatan teh yang diimpikan ditinggalkn. Yang penting hati wan kena kami jaga... walaupun begitu kami tetap berterima kasih kepada wan..
PEngajaran disini...
1)hargai usaha yang kawan berikan dan hormati pandangan org lain..
2)hargai pengorbanan ibu dan ayah yang berusaha keras menjaga kita.
3)jgn sekali-kali membazir,dan hargailah air,kerana itu adalah rezeki yang tuhan berikan..
4)bersyukur akan nikmat yg diberikan.
5)jangan malu-malu mengucapkan 'terima kasih'..(nilai murni ini yg ramai anak remaja lupakan)
6)jangan membuat air teh jika bahan tidak cukup supaya kisah begini tak dirasai oleh sekalian manusia...
DUNIA & WANITA BERPURDAH…

Suatu kisah...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah.
Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar.
Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu.
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
-------------------------------
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan
al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "
BAHASA UNDI
Bahasa Undi
Yang berjiwa “bahasa jiwa bangsa”
Semua kenal mereka
Menyalah gunakan kuasa
Bila Lama berkuasa
Langgar perkara 152
Ditentang pejuang kita
Digelapkan media massa perdana
Lupa mereka nasib tulisan jawi
Lupa mereka terkubur Utusan Melayu
Bukan di tangan DAP
Bukan di tangan PAS
Bukan di tangan PKR
Tapi di tangan UMNO
Di tangan Presiden UMNO
Berkuasa 22 tahun
Menjadi PM selama 22 tahun
Setelah jumpa Pope John Paul
Di Vatican
Mahathir
Hapuskan bantuan SAR
Wujudkan PPSMI
7 Mac, 2009
Rakyat bangun
Beribu-ribu berjalan kaki
Dari masjid negara ke istana negara
Dengan zikir
Dengan takbir
Dibalas FRU dengan gas pemedih mata
Dukacita
Sasterawan Negara
“Inikah balasan pejuang bahasa ibunda?”
Lawan tetap lawan
Di Bukit Gantang
7 April mereka terlentang
Bahasa Undi
Diguna
Di Bukit Gantang
Di Bukit Selambau
Di Batang Ai
Penyokong PPSMI berkecai
Pakatan Rakyat terus menuai
Mendaulatkan bahasa Melayu
Membawa keadilan kepada semua
Membawa harapan baru
Kepada negara tercinta
HMS ABUBAKAR
14 Rabiulawal 1430H
(11-3-2009)





No comments: