“Sekuat-kuat ikatan iman ialah cinta dan berkasih-sayang kerana Allah dan marah juga kerana Allah
(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Di dalam ajaran Islam persaudaraan adalah satu tonggak yang menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Islam, yang kukuh serta menjadi mata rantai yang menghubungkan anggota masyarakat.
Bagi memastikan hak-hak ini dilaksanakan dengan sempurna dan zarah ukhuwwah ini sentiasa bergerak dalam pembangunan jema’ah, Islam telah menjelaskan cara-cara bagaimana hak-hak dan kewajipan tersebut dilaksanakan secara ‘amali dengan memberi penekanan bahawa ia adalah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan bukan sekadar di bibir, teori atau retorik semata-mata.
1. Ukhuwwah mestilah menjadi hubungan yang membawa mereka kepada ketaatan kepada Allah
2. Di sudut kejiwaan pula, ukhuwwah merupakan satu keperluan dan kerjasama.
“Jika sekirannya dari kamu berjalan bersama saudaranyadengan tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda) ‘amalan itu lebih utama dari ia beri’ktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini”
(Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanadnya sahih)
3. Persaudaraan juga adalah kerjasama di bidang kebendaan
4. Ukhuwwah adalah tanggungjawab kemasyarakatan (6 hak seorang Muslim keatas seorang Muslim yang lain):
i. Memberi salam
ii. Penuhilah jemputannya
iii. Memberi nasihat
iv. Melengkapkan dengan bertashmit setelah ia bersin dan bertahmit
5. Definesi Ukhuwwah juga merupakan, kemesraan, kasih-sayang dan saling bantu-membantu.
6. Ukhuwwah menurut ajaran Islam ialah keghairan dan setia kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
“Barangsiapa yang mempertahankan maruah kehormatan saudaranya nescaya Allah akan menjaga wajahnya dari siksaan api neraka di hari Qiamat”.
(Hadith riwayat Al-Tirmizi)
“Do’a seorang saudarakepada saudaranya yang lain (sedangkan saudaranya itu tidak mengetahui do’a tersebut) adalah do’a yang pasti diperkenankan, di sisinya seorang malaikat yang ditugaskan di mana setiap kali ia berdo’akan kebaikan atau keselamatan untuk saudaranya, malaikat yang ditugaskan itu berkata; Amin dan bagimu seperti itu juga”.
( Hadith riwayat Muslim)
Saturday, January 24, 2009
Ukhuwwah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment