BannerFans.com

Saturday, January 24, 2009

SENSITIFITI GENERASI MUDA TERHADAP ISU SEMASA:

Generasi muda adalah ekuiti ummah dan ia merupakan satu institusi utama untuk menggerakkan ummah.Kekuatan tenaga, kecerdasan minda dan ketinggian semangat meletakkan generasi muda di barisan hadapan.

Sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengkagumi pemuda-pemuda yang tiada baginya sebarang kerosakkan moral.
(Riwayat Ahmad dan Abu Yu’ia)

Jesteru itu, sebagai mahasiswa/I mesti peka terhadap persekitaran dan isu yang timbul sayugia di bahu merekalah terletaknya masa depan ummah.Generasi muda merupakan juru bicara ummah (fakta ini adalah jelas kerana: antara elemen penting pembentukkan ummah ialah menganalisis suasana semasa dan suasana semasa kerapkali dipengaruhi oleh isu semasa.)

Sabda Rasulullah s.a.w.

“…dan barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan orang muslim yang lain maka ia bukan dari kalangan mereka.”


Saiyyidina Omar Al-Khattab Rha Berkata:

“Sesungguhnya terungkai ungkaian Islam (dari seseorang) serungkai demi serungkai apabila wujud di dalam Islam mereka yang tidak mengerti dan mengenali Jahiliyyah.”


ISU DALAM WAJAH: SERANGAN PEMIKIRAN??


Serangan pemikiran dihadapkan kepada ummat Islam, jua kepada Semua mahasiswa/I yakni pemuda/I secara khusus untuk melumatkan serta menghancurkan Islam dan ianya datang dari segenap arah.

1. BARAT

Sebahagian besar serangan pemikiran ini berpusat di Barat.Sebagaimana diketahui umum, barat bertanggungjawab mengibar panji sekularisme yang memenjara agama dengan diniding rumah-rumah ibadat.

• Dalam hal pentadbiran, Barat mengemukakan fahaman sekular yang menjarakkan agam dan urusan hidup sehari
• Begitu juga dijauhkan agama dari pemerintahan
• Sementara dari urusan ekonomi, barat mendokong prinsip kapitalis dengan orentasi ekonomi Ribawi.Urusan politik menganggap suara ramai adalah suara Tuhan.
• Urusan kemasyarakatan jua demikian Barat mengemukakan prinsip kebebasan bersuara dan kebebasan memilih sikap dan cara hidup serta berfikir sehingga kebebasan itu membawa kepada pengharusan apa yang diharamkan oleh Allah dan yang bercanggah dengan fitrah kejadian manusia.

2 .TIMUR BLOK KOMUNIS

Sesuatu blok yang mengibar panji Sosialisme atau Komunisme yang mendokong prinsip lihad (tidak bertuhan) dengan usaha gigih mereka untuk menjauhkan manusia dan atau kaedah Manhaj Ilahi dan hak hukum hakam Ilahi.
Kenapa Barat dan Timur menyerang Islam..??(isu yang berpanjangan)

Jesteru itu, Islam merangkumi akal dan pemikiran insan dan ia tersebar secara rawak ke seluruh zarah dunia dengan begitu cepat sementara ummat manusia berduyun-duyun manganut agama Islam dengan penuh ketaatan tanpa sebarang paksaan, Cuma disini, tidak dijadikan pangkat dan jawatan itu sebagai hiasan pada nama..tidak dijadikan pangkat dan jawatan yakni amanah itu hanya pada tulisan, tanpa bertuan..tapi, dijadikan pangkat dan jawatan itu berserta TUNTUTAN, tuntutan kepada PENGORBANAN dan KESANGGUPAN…

Oleh itu, bawalah amanah Allah ini sebaik-baiknya..kerna ianya pasti dipersoalkan di hadapanNya kelak tidak kira siapa kita, dato’, datin, Dr atau dari mana kita berada sekarang, yang pasti cuba sedaya upaya untuk kita berusaha kembali kepada fitrah sebenar kita hidup di dunia yang dibaratkan sebagai zarah nano yang tidak tentu arah yang mesti disatukan dengan zarah iman dan amal agar terselamat di muka pengadilan Ilahi kelak…

No comments: