BannerFans.com

Saturday, January 24, 2009

Cincin Iman: Buanglah kegelisahan itu dengan iman


Teramat besar dosaku, ketika aku bandingkan dengan keampunan-Mu, kudapati bahawa keampunanmu lebih besar

Firman Allah:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,” (QS Al-Mukminun 23: 1-2)

Kerna Solat=)

1. Mereka sedar itu sebagai bekalan ke alam akhirat
2. Membantu dan pelengkap untuk menyampaikan dakwah kepada manusia
3. Memberikan kekuatan untuk menghadapi kesulitan
4. Mendekatkan diri kepada Allah

Firman Allah:

“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang Terpuji.” (QS Al-Isra’ 17:79)

Telah diriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah masuk ke dalam masjid, kemudian ada tali yang melintang antara dua sudut, maka Beliau bertanya: “Tali apakah ini?” Mereka berkata: Tali ini milik Zainab.Jika penat, ia berpegangan pada tali ini.” Rasulullah bersabda: Lepaskan tali ini.Solatlah kalian sekadar apa yang engkau mampu.Jika letih maka duduklah.” Hadis di atas menunjukkan bahawa para wanita pada saat itu benar-banar memaksa diri mereka untuk mendapatkan reda Allah.Nabi s.a.w. memerintahkan agar tidak membebankan dirinya di luar kadar kemampuannya.Sesungguhnya ibadah yang paling baik yang dikerjakan dengan istiqamah walaupun ianya sedikit.Kita ketahui bahawa wanita-wanita pada hari ini menggunakan seluruh waktunya untuk kepentingan duniawi.Alangkah baiknya sekiranya mereka bagun pada 1/3 malam untuk mengerjakan solat agar mereka dapat mengalahkan syaitan? Ketahuilah, bahawa perkara paling baik adalah yang pertengahannya.Celakalah orang yang berlebihan”

Kunci kepada diri yang kerdil ini=)

Takutlah kepada Allah jika engkau benar, berbahagialah menghadapi hari esok jika engkau bertaubat.

No comments: