BannerFans.com

Saturday, January 24, 2009

Apa itu Aurat?

Aurat diambil daripada perkataan Arab ‘Aurah’ yang bermaksud keaiban.Manakala menurut istilah bahagian tubuh yang tidak kelihatan atau wajib ditutup (menurut hukum islam) dan dibenarkan membuka aurat hanya pada orang-orang tertentu.

Suruhan menutup Aurat

Perintah dan suruhan menutup aurat telah difirman oleh Allah S.W.T dalm surah Al- Ahzab ayat 33 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat;dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNYA.Sesungguhnya Allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menhapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “ahlul bait”, dan hendaklah membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah bahawa kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.Jika sekiranya mereka yang membuka aurat dengan sewenang-wenagnya, maka implikasi secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk menganggunya dan timbullah berbagai-bagai fitnah masyarakat tentang diri mereka.

Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 59 yang bermaksud:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isteri mu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya semasa mereka keluar): carayang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu.Dan (Ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”.

Konklusinya setiap yang kita perlakukan samada zahir mahupun batin, sekalipun akan dipersoalkan dan jawapan kepada persolan itu samada baik atau buruknya balasan yang akan diterima dan terletak kepada apa yang kita lakukan.Setakat mana kefahaman antum tentang aurat?.Adakah kerana ingin dipandang cantik dan tampan sanggup gadaikan aurat, sedangkan umat yang dipandang mulia ialah baik akhlaknya. Baik disini bermaksud melakukan makruf dan meninggalkan yang munkar, dan semestinya menutup aurat adalah perkara makruf.Sebenarnya di sisi Allah S.W.T kecantikan seseorang terletak kepada ketaqwaan insan kepada-NYA. Setiap batasan itu ada hikmahnya,jadi tidak perlu kita pertikaikan suruhan itu.
“Cukuplah mati itu sebagai peringatan untukmu”-(hadith).

No comments: