BannerFans.com

Saturday, March 14, 2009

Pemangkin Semarak Pena (rekaan tajuk">)








Khalifah Umar Ibnu Aziz menasihati gabenor-gabenor di daerah pemerintahannya dengan perkataan sebagai berikut :

"Kekuasaan yang ada di tangan saudara-saudara telah memungkinkan kalian untuk menzalimi rakyat. Bila terasa di hati kalian untuk menzalimi seseorang, ingatlah segera betapa besarnya kekuasaan Allah atas diri saudara-saudara."
"Ketahuilah bahwa satu kejahatan yang anda timpakan pada rakyat lambat laun akan hilang bekasnya dari mereka tetapi bekasnya akan tetap untuk saudara-saudara dalam daftar dosa. Ketahuilah pula bahwa Allah SWT membela orang teraniaya terhadap yang menzaliminya."

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran keatas-Nya atas nikmat Iman dan Islam yang dibekalkan kepada kita khususnya kepada ummat Islam, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga Baginda dan para sahabat dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sehingga hari akhirat.



Tiada perkongsian yang dapat saya putarkan sebagai “main point” perjalanan penulisan saya buat kali ini. Sepanjang perjalanan saya pulang ke rumah tidak terlintas untuk aku (bahasa monolog) berfikir “apa perkaitannya cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini dengan kehidupan kita?” cuma terkadang apabila disentak baru terfikir bak satu perbahasa ini “Kuman di seberang laut nampak ni kan gajah di depan mata pun tak nampak”.(lebih kuranglah*_^).Dalam perjalanan pulang ke rumah, ayah menegaskan alam sekeliling juga merupakan jundullah yakni tentera Allah SWT., cuba terkadang “signal” di sekeliling (tersirat) kita, tidak dapat dilihat dan dihayati dengan penuh muhasabah.

Hampir lama juga ana tidak menulis, tiada perkongsian yang dapat saya bangkitkan, cuba sebagai tatapan muhasabah kepada kita semua yakni hamba kepada-NYA.Krisis ekonomi semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.Persoalannya sekarang, konsep ekonomi Islam perlu ditegakkan demi kestabilan sejagat dan keyakinan para pemimpin perlu tegas yang mana majoritinya dipegang oleh tampuk kerajaan beragama Islam, mestilah berani berubah kearah pengislahan yang berkualiti bersifat ciri-ciri Islam yang cukup fleksibel jika dikaitkan dengan sistem-sistem ekonomi yang sangat membinasakan ummat dengan sistem riba' yang tidak ada nilai tingginya jika dinilai jangka panjang yang sebenarnya sangat pendek nilaiannya disisi Ilahi.

Manusia itu umpama musafir yang sedang dalam perjalanan jauh,,, berhenti ia disepohon pokok yang rendang (yaitu dunia) lalu lalai dan leka ia berehat disitu (perkara-perkara didunia),, sehingga dia melupakan tujuan asalnya (menuju ke akhirat yg kekal abadi),,"(SUFFIAN AS THAURI)


Wabak Hadharah Gharbiyyah


Kali ini suka saya bahasakan 'ana' sejak berkurun penulisan blog ini saya menggunakan 'saya'.Berkurun??(abaikan*_@).

SS(Syok sendiri).Hopefully apa yang ana tulis ini tidaklah sampai button SS, tidak banyak sedikit pun jadi, sebagai perkongsian bersama.

Rangsangan 60B yang dibentangkan kerajaan bagi menghadapi krisis ekonomi global menjadi satu nilaian yang perlu dilihat semula.Hal ini kerana jika kita kanta semula, krisis ekonomi kali ini disifatkan paling buruk dalam tempoh 70

tahun.Teringat kembali sewaktu ayah ana terpaksa berhenti bekerja disebuah bank gara-gara inflasi tidak silap ana tahun 1998, yang mana boleh dikatakan teruk jugalah manalah tidak masa itulah pengganguran banyak berlaku, impaknya bukan minima tapi maksima terutama ianya melibatkan implisit terhadap kadar statistik gejala sosial dan jenayah di negara ini..Tetapi ana bersyukur hikmah disebalik ayah ana berhenti, menjadikan ana dan keluarga bersyukur dengan apa yang ada kerana sesungguhnya rezeki dan harta yang kita perolehi bukan hak kita buat selama-lamanya, Allah lah yang berhaq memberi dan mengambil semula nikmat pemberian-Nya, so konklusinya bersyukurlah dengan apa yang ada dengan menggunakan nikmat rezeki itu kejalan yang diredhai-Nya.


Ana akan paparkan semula, dan harapan ana agar kita sama-sama lihat dan kaji semula

sistem yang melemahkan ekonomi sampai ke hari ini, jika tidak dimansuhkan dan dikaji para pengkaji ekonomi dan pakar-pakar ekonomi, adakah sudah cukup perancangan luaran sahaja, anggukkan luaran dan persoalan syariat dipermain-mainkan terutama skop ekonomi yang mana majoriti penduduk yang didiami adalah beragama Islam.Keberkatan itu penting bukan tampuk kelesaan bila mana kestabilan wujudnya konsistensi tiada yang perlu diterapkan especially soal syariat dalam urusan pengurusan ekonomi dan kehidupan khususnya, penekanan hanya tertumpu bila mana"terhantuk baru tersedar".


Informasi yang saya perolehi daripada sebuah buku hadharah Islamiyyah dan bukan Islam Hadhari, terungkai bahawasanya ramai di kalangan ahli ekonomi umat Islam tidak menyedari wujudnya di dalam ajaran Islam sistem ekonomi yang merangkumi keperluan naluri manusia.Kelemahan sistem ekonomi barat ini adalah kerana ianya bercanggah dengan naluri manusia kerana tumpuan serta matlamat mereka adalah kerana capaian material (kebendaan), sungguh songsang belaka, manalah tidak kebendaan menjadi matlamat tertinggi, sepatutnya kebendaan menjadi alat untuk menunaikan perintah Allah dalam kehidupan dunia.Ana tertarik dengan kata-kata penulis ini, jangan kita umat Islam terus menerus menjadi makmum kepada bekas penjajah walaupun berpuluh tahun dikatakan mencapai kemerdekaan.Jika kita lemah, mulalah sang pemikiran barat dan orientalis hentam kita, jangan kita leka.Ana yakin kita boleh berdikari, jangan terlalu optimum kebergantungan kerajaan terhadap pemikir luar(Barat), kerana mereka sendiri memanfaatkan apa yang kita ada untuk kepentingan diri mereka, sehinggakan hasil kekayaan yang diambil dari bumi umat Islam telah digunakan untuk membunuh umat Islam sendiri.


Paparannya ialah ajaran ekonomi yang bercanggah dengan ajaran Islam seperti muamalah dengan sistem riba' yang masih mempengaruhi walaupun ada sedikit inisiatif seperti urusan perbankan Islam tetapi masih menunjukkan tidak berkeyakinan sepenuhnya kepada sistem Islam.Hal ini kerana tiada usaha yang bersungguh-sungguh untuk menghapuskan sistem ekonomi ala Barat, yang langsung tidak ada manfaat, sebaliknya petunjuk program globalisasi barat menjadi tumpuan utama dunia sehinggakan impaknya kita boleh lihat kesannya sekarang bukan yang disangkakan untuk jangka panjang, malahan pengaliran wang keluar dan masuk menunjukkan pengaliran yang agak perlahan disamping wujudkan krisis yang kebarangkalian kadar inflasi akan membukau kembali, jika kita sendiri terutama kerajaan masih lagi berkeras menggunakan sistem Barat yang tiada relevennya dan sistem Dolar yang sangat rendah berbanding penggunaan wang dinar

yang perlu distrategikan mutakhir ini sebelum tumbangnya ekonomi negara dan harapan juga agar penstrategian semula struktur ekonomi perlu dilihat berdasarkan program aqidah yang melibatkan "internal and external" dan aspek "non muslim" juga perlu di nilai bukan dengan nilaian hiburan dan halwa material yang hanya diekperimentasikan skop luaran tanpa adanya perubahan moral yang bersifat positif .Naudzubillah.

Akhir penulisan.cukuplah ke pangkal jalan, kerana kembali kepada yang haq lebih baik daripada berterusan dalam kebatilan.



Firman Allah SWT. yang bermaksud:


Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, dan yang berpesan-pesan dengan perkara yang benar dan berpesan-pesan supaya bersabar”.

(Al-Asr:1-3)



Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:


Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang Islam.Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin.”


Penyakit cintakan dunia secara total perlulah sama-sama kita bakari yang mana meliputi slogan-slogan permodenan seperti globalisasi dan new order yakni perasaan kecintaan mereka kepada dunia , jika kita umat Islam khususnya leka, menyebabkan tiada lagi pengabdian diri kepada Allah dan hanya bergantung daripada pihak musuh.


Firman Allah s.w.t. Di dalam Surah Al-Maidah, ayat ke-50;

Maksudnya:


Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin.


Akhir kata, ingatlah asal kejadian kita dan Rasulullah s.a.w. Telah bersabda yang bermaksud;


Barangsiapa yang tidur dan tidak mengambil tahu tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah dari golongan mereka (orang-orang Islam).”


Kembalilah kepada sumber Islam , dan ingatlah adanya ulama' jangan sekali kita ketepikan pendapat mereka yang munasabah dan kitab suci ummat Islam sebagai petunjuk sepanjang jalan iaitu kitab Allah dan Sunnah RasulNya, perlulah dijadikan “main point” pemerintahan dan sumber panduan kehidupan.Mohon maaf atas kekhilafan ana sepanjang menulis kerana ianya hanya perkongsian dan titik pengislahan bersama berserta muhasabah diri kita yang kerdil disisiNYA, letakkanlah diri kita di kebun cinta Ilahi, so how? search (*_^.Semoga kita semua dipilih oleh Allah sebagai 'ashabul yamin' yang mana disebut dalam al-Quran.Amin


Wasalam



*Sumber Rujukan;

  • Hadharah Islamiyyah
  • Gerakan Freemasonry orientalisme kristianisasi Musuh Dalam Menghancurkan Islam
  • Lain-lain rujukan.




No comments: