BannerFans.com

Saturday, January 24, 2009

Bayangan Dunia

“Apabila kamu melalui taman syurga, maka hendaklah kamu singgah dan ambil perhatian.Sahabat bertanya, apakah di taman syurga itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab ia adalah halaqah (majlis) zikir.Sesungguhnya Allah menghantar utusannya yang terdiri daripada malaikat mencari majlis zikir dan apabila malaikat melihat dan berjumpa dengannya, mereka saling menyebut perkara itu sesama mereka”
(Hadis Diriwayatkan oleh Ibn Umar)

07:10 a.m:

Saya tertarik dengan satu isu, tanah di rampas pihak Jabatan Tanah Pahang.Saya ingatkan tiada “title” yang saya rasa menarik untuk ditulis khususnya pada pembacaan saya di awal pagi ini, dengan satu gambar ini, menjadikan saya terpanggil-pangil untuk memaparkannya semula walaupun adalah sedikit sebanyak “copy n paste” tapi ianya tidak menghalang kerana apa, isu perlu di putar semula dan “we must always repeat to ensure the other people will know that issues”, dengan satu gambar di belakang muka surat akhbar suara Reformasi, keluaran 3-10 Disember 2008.Betullah gambar juga memainkan peranan dalam “interact people to read”.Tiada langsung pemantauan awal di tempat tersebut sebelum melihat ianya dibangunkan untuk sesuatu pembangunan khususnya.Saya melihat juga, tanah runtuh yang berlaku di negara ini adalah kerana kurangnya skop penglihatan dalaman sebelum ianya diprojekkan atau dikebal.

Berbalik semula ke “topic” asal yang ingin di kongsikan bersama, terpapar dibelakang gambar bertajuk Tanah kami dirampas…Pembacaan saya diawalnya hanya dengan sedikit kupasan kecil untuk diketahui berkaitan demonstrasi aman yang di adakan oleh orang Asli di empat buah kampung (saya lebih suka sebut, the “origine people”..) yang mana, mereka membantah tindakan Jabatan Tanah dan Galian daerah Jerantut kerana meluluskan pengambilan Tanah Adat Orang Asli (TOLL) kepada pihak luar dan termasuklah di kawasan tanah perkuburan nenek moyang mereka, “emm..belum lagi orang asli dilantik menjadi orang parlimen” (keluar tajuk).Tertarik saya untuk ke muka surat seterusnya agar mendapat bacaan secara optimumnya dan lebih terperinci untuk diketahui, lihat penulis keratan akhbar ni macam kenal?..fasilitator waktu saya ta’aruf dulu. Alhamdulillah, sudah berjinak-jinak dalam bidang kewartawanan, “Hopefully” lebih ramai lagi wartawan muda yang tangkas untuk membentuk semula ‘media bersih’ semasa mahupun “non current issues”.

Beliau mengulas empat kawasan orang asli yang terbabit ialah Paya Keladan, Paya Pelong, Penderas dan Pasu.Tertulis, bahawa kelulusan tanah itu bertentangan dengan Akta 134 Orang Asli dan Hak Asasi Manusia seperti yang termaktub dalam deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diperjelaskan lagi oleh jurucakap Batin-batin orang asli, Yusri Ahon dan Batin Majid Lut.

Reaksi spontan mereka, kerajaan Pahang sepatutnya melindungi hak mereka dan bukan mengkhianati seperti deklarasi PBB melalui artikel 11-13 yang menyentuh hak orang Asli di sesebuah negara.Bukankah matlamat kerajaan dalam aspek ekonomi menjaga kebajikan rakyat, sudah terbalik ke matlamat itu, adakah setaraf matlamat “profit” adalah semata-mata untuk kepentingan diri, one question. Naudzubillah!

“Jabatan Tanah dan Galian daerah Jerantut hanya melakukan siasatan selepas surat Penduduk Orang Asli Jerantut bertarikh 14 September dan jelas ianya gagal di selesaikan.Kenyataan itu juga menyatakan bahawa pihak mereka juga telah membuat empat laporan polis bertarikh 20 November 2007, 30 Jun 2008 dan 16 Oktober 2008 di Balai Polis Kuala Krau dan “one reported at the Kuala Krau police station on 27 Jun 2008” (kekejaman dunia..penghuni dunia diseksa.. “tgh feeling lagu, Suara Kemanusiaan”).Lagi satu yang membuatkan diriku merasa meluat (bahasa kasar), dengan sikap pengurusan sekarang, manalah tidak kesian lihat mereka yang baru hendak bangun (maju) tidak diberi perhatian sewajarnya, menurut masyarakat orang Asli turut kesal dengan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, yang berdolak dalik untuk bertemu, dengan pelbagai alasan.Walaupun surat telah dihantar kepadanya yang bertarikh 30 Julai dan 16 Oktober 2008.Malah, diherdik oleh Ketua Pengarah Tanah dan Galian kerana mereka (penduduk orang Asli) mengemukakan perkara berkenaan kepada baginda sultan,”.

Adanya keseriusan saya untuk membangkitkan soal kebajikan rakyat, dan saya lebih selesa jikalau sesuatu pengurusan pembangunan dibicangkan terlebih dahulu dan yang paling terkesan kepada diri saya sendiri jika dan maka ianya berkaitan aspek infrastruktur melibatkan alam sekitar, yang mana saya gariskan penebangan hutan dan saya tidak setuju jika pembangunan kediaman atau premis di atas bukit dengan alasan tidak ada “space, that is not the easy and good as a reasons”.Jumaat bertarikh 12 Disember 2008, saya terbaca di dalam akhbar Berita Harian mengenai projek bosai MPK dan rasionalnya pembaca setia ini, mempunyai alasan “disagree” dengan cadangan projek ini dengan alasan kerajaan sepatutnya menggunakan dana ini untuk kebajikan masyarakat, berbalik semula kenyataan beliau berikutan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang yang berlaku sabtu lalu (musim tengkujuh), Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyatakan rancangan untuk menebang semua pokok rendang di sekitar Kuantan bagi menggelakkan kes pokok tumbang dan meranapkan kedai dan kereta.Pada mulanya saya sedikit setuju tetapi melihat kembali, pembaca setia ini mengatakan MPK tidak memilih tempat yang sesuai untuk menanam pokok atau bonsai ini, daripada menggunakan dana kerajaan setiap tahun dan sekiranya semua pokok itu ditebang, apabila kita dipaksa menghadapi bahang Matahari.Beliau berkata juga “where’s the billion dollar profit that government received from selling income of diesel and petrol??”.

Sebagai penutup, saya tertarik dengan sebuah tajuk artikel yang boleh dijadikan kesimpulan bersama iaitu zikir ‘senjata’ terbaik hadapi cabaran ujian alam dan kembalikan momentum kearah memahami erti hidup dan pasangannya pentarbiyahan serta amalinya.Akhir kata, sama-sama kita panjatkan kesyukuran atas nikmat yang kita perolehi selama kita bernyawa ini dan sempat saya selitkan doa ini, agar kita panjatkan kepada Yang Maha Berkuasa di Dunia ini;

“Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, Segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana dan ia Maha Mendengar dan Mengetahui.Ameen.
(asif, just makna doa’)..

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam, dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka daripada benda yang baik-baik serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk yang Kami ciptakan” .(Surah al-Isra’-ayat 70).

Sekian dahulu, sama-sama kita soroti ujian dengan kemanisan kesabaran dan berusaha mengubah kearah pembaikan dan kebaikan.Yang baik datangnya dariMu, Ya Allah...dan lemah itu dari diriku sendiri.

No comments: