BannerFans.com

Saturday, January 24, 2009

03:31 p.m:Kebebasan Media hanya 20%?


oo00 apa nak jadi ??..perbetulkan niat sebelum ikut suka aku yang kome bantah (matlamat tidak menghalalkan cara..)






Salam w.r.t

Terasa tangan ni d pukul-pukul untuk menulis, biasanya kalau datang idea n sumber yang dibaca baru ada “feel” nak menulis, idea??..persoalan tu!!, tgah “zero”, tapi takpe kita ulas semula bacaan yang cantik, menarik lagi satu ape yea…ha tertarik (asif bahasa pasar).

Ulasan daripada akhbar yang bertemakan “interbiu ekslusif” (nama sebuah kolum akhbar), bual bicara Fikrah News bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media,UKM.

Pada pandangan saya , sememangnya kita ketandusan serta defisit kebebasan informasi jauhari sedikit sebanyak menjadikan kita semua matang untuk berfikir dan bukan hanya berada di bucu jari telunjuk sehingga bila dihayun jatuh tertiarap, lebih-lebih lagi jika kita sendiri tidak memahami dan faham maksud maklumat yang diterima, tidak kira dalam bentuk video, visual atau apa sekalipun dek kerana keterbatasan media.Saya tertarik dengan pandangan pensyarah ini, dengan mengatakan “Kebebasan media di negara ini masih berada di tahap 20%”.Mengulas kembali beliau berkata bila mana kebebasan media, maka kita akan membentuk pengetahuan kepada masyarakat kita.

Lihat sahajalah, dulu dan kini jauh bezanya tetapi tidaklah sejauh mana keterbukaan yang diberikan untuk mencapai matlamat 2020 .Keterbukaan yang saya gariskan adalah kebebasan media itu harus lebih terbuka dari aspek dasarnya mestilah memihak kepada massa iaitu keinginan orang untuk mendapatkan informasi dan massa juga akan menyampaikan informasi.Jadi kita jangan mangatakan kalau kita memberikan kebebasan maka ia akan disalahgunakan.Beliau berkata, perubahan dasar perlu agar media lebih luas untuk membangunkan kepercayaan informasi serta yang penting di sini penyampaian maklumat lebih jelas dan positif dari segi pembersihan informasi yang diulas, lebih terbuka dan pragmatik.

Saya mengulas kembali kenyataan beliau yang mengatakan kita atau lebih jelas lagi negara kita ini terlalu banyak akta yang menyebabkan kita sebagai masyarakat yang ada hak menerima informasi dan menyuarakan kembali, terbantut.Sebagai mahasiswa, saya suka dengan perkataan ini tercuit+sensitiviti=?? tercuit sensitiviti yang menjadi alunan suara menjadikan saya dan mungkin rakan-rakan yang lain rasa “tak senang duduk” dan lebih besar institusi atau organisasi media bukan sahaja kebebasan yang saya kanta sekarang kepada media konvesional malah yang menjadi titik dan perlu dipadam adalah kesatuan untuk membentuk media penyampaian bersih, fleksibel dan penjelasan yang tidak dicelup ideologi atau isme Barat.Kembali semula, akta ini menghalang dan perlu dihapuskan demi mengembalikan tamadun pengetahuan kepada masyarakat kita dan pembuat dasar tidak perlu takut untuk membenarkan pengetahuan diraikan.

Dalam kajian Beliau, masyarakat kita hanya mendapat pengetahuan cuma 8% kerana hanya membaca sebanyak 3 buah buku setahun.Sejak wujudnya you-tube, masyarakat kenal Astonia, kenal Slovakia, malah baru orang Nampak penderitaan masyarakat Bosnia.Labuda, dengan adanya facebook, you-tube, malah blog, kita lebih buka mata dan minda begitu dasyatnya sengketa di Bosnia.Beliau berkata kerana kebebasan media menjadikan pengetahuan kita tidak tertumpul malah mungkin lebih tajam dari yang asalnya.

Kenyataan yang diluntahkan, Syed Hamid Albar mahu mengadakan kod etika untuk para bloggers.Apa reaksi kalian tentang kenyataan ini??.Beliau berkata media itu etika.Hal ini kerana kod etika yang sebenarnya hendaklah merupakan struktur yang dirujuk sepertimana ada konsep “help”.Pandangan saya pula ibarat kod sempit yang mana penjelasan dalam informasi tidak perlu dijelas secara terperinci.Beliau memberi contoh, saya wartawan ingin menulis tentang kebakaran rumah maka saya tidak tahu boleh atau tidak (cuba antum berdiri dengan bertongkatkan satu kaki sambil berjalan, apa yang akan berlaku..teka-tekok) saya melaporkan 15 orang mati.Atau tidak boleh sebenarnya.

Maka Beliau berkata saya akan klik kod etika, tidak boleh.Dan saya akan mengerti bahawa masyarakat ini tidak boleh menulis tentang kematian, sebab dia bertentangan denagan budaya dan sebagainya.Itulah kod etikanya menurut penjelasan Beliau.Beliau berpandangan dan berpegang kepada prinsip setiap pengurusan media itu bertolak daripada pembangunan dari akhlak dan syariah, berpegang bahawa media itu sebagai etika dan produknya adalah ar-risalah.


Tengoklah bertapa terkongkongnya media.Dimana perikemanusiaan, suka saya tinggalkan ayat tergantung dan harapan saya kalian dapat melihat dan berfikir, nasib anak-anak kecil tidak berbapa dan periuk tidak berasap dan yang menyedihkan doa yang menanti untuk dimakbulkan Ilahi. baru di dalam belum teropong dekat luar sana.Palestin, Lubnan, Iraq, mana lagi antum pun tahu kepentingan dalam memperjuangkan agama Allah yang tenggelam timbul dan disempitkan.Hidup di dunia ini pada hakikatnya kosong; apa yang sebenarnya adalah bekalan ke akhirat yang kekal;Insan yang tidak bersyukur kepada Tuhannya seolah-olah melipatkan hatinya, dan ia melupai bagaimana seluruh alam kejadian yang ada ini menunjukkan adanya Tuhan; serta Sifat-sifat-Nya dan juga akhirat; Risalah dari Tuhan adalah merupakan cahaya yang memberi panduan dan Rahmat yan mengampunkan dan penting disini, peristiwa takabbur.Fir’aun yang menyesatkan kaumnya.Di kesempatan ini saya mengharap pemimpin yang diberi kuasa memerintah, jangan terlalu takut harta melayang tapi ingatlah harta yang tinggi disini pemuda yang sentiasa beringat tujuan dan matlamat dia diciptakan dan selalu orang kata nak tunjuk baiklah tu, ayat skema betullah, betulkan persepsi kita untuk menjadi insan yang sentiasa memperbaiki diri, sampai bila kita nak tunjuk samseng depan Allah, hatiku terhentak-hentak kesian dengan adik-adik kecil apalagi adikku, ialah balik sahaja kolej buka TV, sakitnya mata, cuba kita fikir inikan manusia kalau Allah SWT yang melihat, malaikat sentiasa catit apa yang kita lakukan cuma sedar atau tidak kita ini.Media adalah satu medan dua hala dan jangan kita racuni.sekian, yang lemah itu daripada diri saya sendiri dan yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

“Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran;ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari azab kubur;tidak ada Tuhan selain Engkau..Ameen

Wassalam…

No comments: